Home Cara Beli Jadi Pengedar eBook Percuma FAQ Hubungi Kami

   

 

 

UBAN Ushine

Mengatasi Masalah Uban, Kelemumur dan Rambut Gugur

 

Kod: LUK-

Kandungan : 50/100gm

Harga Kami :

RM33  (RM68) - Botol Kecil 50 gm

RM63 (RM68) -Botol Besar 100 gm

 

 

 
Bermula Januari 2009, syarikat SUBL telah memasarkan dan melancarkan produk krim uban Ushine dengan kandungan yang telah dipertingkatkan. Kandungan terbaru tidak mengandungi sebarang pengawet sepert paraben.

Apakah itu paraben ? Paraben adalah sekumpulan bahan-bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet di dalam kebanyakan produk kecantikan, produk penjagaan rambut dan juga makanan. Ia dicatatkan sebagai methylparaben, propylparaben, dan butylparaben. Dalam jangkamasa panjang, paraben akan menyebabkan kanser dan dalam jangkamasa pendek mendatangkan pelbagai komplikasi kulit.

Berbeza dengan Krim Uban Ushine, yang terkini, bahan-bahan yang digunakan adalah 100% dari herba asli. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam krim ini ialah daun neem atau dikenali di Malaysia sebagai daun kari yang berfungsi untuk mengatasi masalah kulit kepala kering, gatal dan berkelemumur Daun neem akan menjadikan kulit kepala sihat dan menghasilkan rambut yang berkilat. Krim uban ini juga mengandungi daun dan Bunga Hibiscus atau dikenali sebagai Bunga Raya, yang telah diakui sejak dulu lagi sebagai bahan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan mengalakkan pertumbuhan rambut baru. Chermai atau dikenali sebagai Indian Gooseberry juga digunakan di dalam krim uban Ushine sebagai perapi rambut semulajadi dan menyejukkan kulit kepala. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah minyak kelapa dara, minyak zaiton, asid citric yang kaya dengan vitamin C, daun inai dan juga vitamin B serta mineral .

Yang paling utama, krim uban Ushine mengandungi bahan ‘Ho-Shou-Wu yang diekstrak dari akar ‘polygonum multiflorum’. Bahan ini telah dikenali oleh masyarakat Cina sejak dari zaman Dinasti Tang sebagai ‘jioteng’. Zat-zat yang terkandung di dalam Ho-Shou-Wu akan diserap oleh folikel rambut dan seterusnya masalah rambut gugur akan dapat di atasi dan rambut putih akan kembali berwarna hitam. Dalam sejarah perubatan timur, Ho-Shou-Wu telah terbukti sebagai penawar terbaik kepada masalah rambut dan semakin digunakan di dalam kebanyakan produk rawatan rambut oleh negara-negara barat juga.
 

Bagaimana Krim Uban USHINE Bertindak ?

Krim Uban Ushine bertindak dengan beberapa cara untuk menyelesaikan masalah anda :

  1. Bertindak menghilangkan dan menstabilkan struktur molikular di permukaan kulit kepala yang mengumpul minyak dan sebum. Secara tidak langsung, folikel rambut akan tumbuh dengan lebih baik dan natural. Minyak dan sebum sekiranya dibiarkan akan membuat folikel rambut tersumbat dan ini menjadi punca kepada masalah rambut seperti gugur dan kelemumur.

  2. Mikro nutrient yang terdapat di dalam krim uban Ushine akan diserap oleh lapisan kulit kepala dan seterusnya oleh folikel rambut. Vitamin dan acid amino yang ada akan merangsang pigment rambut untuk menghasilkan lebih banyak melanin yang membantu untuk mengekalkan warna rambut yang hitam.

  3. Krim uban Ushine membantu kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut untuk mengeluarkan minyak secara semulajadi dan seterusnya merangsang kapilari darah membekalkan oksigen kepada rambut. Rambut akan menjadi lebih kuat dan tidak lagi putus bila minyak dan oksigen mencukupi.

Kelebihan dan Keistimewaan nya:-

  • Harganya yang mampu dibeli oleh semua golongan
     

  • Sesuai untuk lelaki dan wanita, seawal usia 12 tahun
     

  • Tersedia di dalam tiub yang mudah digunakan
     

  • Merawat masalah rambut beruban
     

  • Merawat masalah rambut gugur / jarang
     

  • Merawat masalah kelemumur
     

  • Berkesan dalam tempoh masa yang singkat
     

  • Dikilangkan di Malaysia dan HALAL
     

  • Hasilnya Kekal

Fakta Mengenai Rambut

? Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai rambut.
? Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang.
? 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat.
? Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran rambut.
? 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus.
? Shampu berasal dari perkataan Hindi, ?Champna? bermaksud urut.
? Rambut orang African tumbuh dengan perlahan dan lebih rapuh berbanding rambut orang Eropah.
? Rambut orang Asia tumbuh dengan cepat dan lebih kenyal (tidak rapuh).
? Orang African dan Eropah lebih mudah botak berbanding orang Asia.
? Sehelai rambut boleh mengangkat beban sebanyak 100gm. Ini bermakna, seluruh rambut di kepala dapat menampung berat 2 ekor gajah.

Mengapa uban terjadi ?

 
Setiap helaian rambut kita terdiri dari dua bahagian iaitu shaf rambut = bhgn yang keluar dari kulit kepala dan juga akar rambut yang berada di dalam kulit kepala. Setiap akar rambut dibaluti oleh folikul dan folikul mengandungi sejumlah sel pigmen dan sel pigmen ini mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil melanin yang menjadi penentu warna shaf yakni warna rambut seseorang, samada hitam atau perang. Melanin jugalah yang menentukan warna kulit seseorang, samada hitam atau putih. Semakin usia kita meningkat sel pigment didalam folikul rambut kita semakin berkurangan untuk menghasilkan melanin dan lama kelamaan rambut yang kekurangan melanin akan bertukar warna menjadi putih, kelabu atau perak.
 
 
Terdapat 2 jenis atau kategori orang yang beruban. Yang pertamanya uban yang terjadi bagi orang muda atau pada usia yang tidak sepatutnya beruban. Contohnya pada usia belasan tahun. Ini dikenali sebagai uban pra-matang atau uban genetik. Kategori kedua pula ialah uban yang terjadi kerana factor usia. Ini juga sebenarnya banyak dipengaruhi oleh beberapa faktor lain, seperti gene, cara hidup, cara pemakanan dan sebagainya. Ada setangah orang, pada usia 50,
masih belum ada uban, ada orang lain pula usia 30, uban telah memutih.
 
Tambahan yang tinggal di tengah bandar, dengan kehidupan yang mencabar, stres, kesesakan lalulintas,pemakanan,secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada terjadinya uban pada usia masih muda. Yang paling mudah, kalau ibubapa kita cepat beruban, kita juga akan cepat beruban.

 

Soal Jawab Mengenai Krim Uban USHINE

Soalan 1 :

Bagaimanakah cara penggunaan Krim Uban Ushine ini ?

Jawapan 1:

Amat mudah. Sebelum tidur, sapukan krim uban ke akar rambut dan gosok hingga merata, Boleh juga disapukan ke atas rambut untuk memberi warna kepada rambut yang telah berubah menjadi uban. Keesokan harinya bolehlah dicuci seperti biasa. Lakukan ini setiap malam sehingga hasilnya dapat dilihat. Dalam tempoh 3 bulan paling lama, insya allah hasilnya dapat dilihat secara jelas.

Soalan 2:-

Berapa cepat kah kesan dapat dilihat selepas menggunakan krim uban ini ?

Jawapan 2 :

Paling cepat dalam tempoh 1 bulan sehingga 3 bulan. Proses ini memakan masa sedikit kerana kita menggalakkan pengeluaran rambut baru yang bewarna hitam dan bukan sekadar mewarnakan uban yang telah terhasil. Uban yang bewarna putih itu sebenarnya adalah rambut mati dan hanya proses mewarna samada menggunakan inai atau dye yang dapat menukarkan warnanya kembali kepada warna hitam atau perang. Krim Ushine membekal vitamin dan zat yang sepatutnya kepada akar rambut untuk menghasilkan kulit kepala yang sihat untuk rambut yang sihat.

Soalan 3:

Siapakah yang sesuai menggunakan krim uban Ushine ini ?

Jawapan 3 :

Semua orang, lelaki dan wanita yang menghadapi masalah uban kerana factor usia atau kerana factor genetik, dari usia semuda 12 tahun.

Soalan 4:

Perlukah shampoo khas digunakan semasa rawatan menggunakan krim uban Ushine ini ?

Jawapan 4:

Tidak perlu menggunakan shampoo khas. Pengguna bebas menggunakan sebarang shampoo. Cuma semasa rawatan kita tidak menggalakkan penggunaan sebarang produk menyuburkan rambut yang lain. Ini agar krim uban Ushine dapat bertindak sepenuhnya untuk merawat kulit kepada pengguna.

Soalan 5 :

Sekiranya uban telah berkurangan atau hilang, dan penggunaan krim uban Ushine dihentikan, adakah uban akan kembali semula ?

Jawapan 5:

Pada saya ini adalah kekhuatiran biasa dan jawapannya berbeza bergantung kepada individu. Uban mungkin akan kembali tapi lebih perlahan dari biasa. Orang yang berusia dibawah 50 tahun mungkin melihat kesan yang lebih efektif walau telah berhenti menggunakan krim uban Ushine, berbanding dengan orang yang berusia 50 tahun ke atas.

 

TESTIMONIAL / KISAH BENAR
Pahang

Seorang guru SM Sultan Abu Bakar, mempunyai uban genetik sejak belasan tahun berjaya dipulihkan sehingga 80% selepas menggunakan krim uban Ushine selama hanya 3 minggu.

Kedah

Seorang pelajar berusia 12 tahun mengalami masalah uban penyakit, kulit kepala gatal dan keguguran rambut. Menggunakan krim uban Ushine selama hanya seminggu, masalah gatal kulit kepala berkurangan, selepas 2 minggu, rambut tidak lagi gugur dan selepas 6 minggu, rambut baru yang bewarna hitam mulai tumbuh.


Dungun, Terengganu

Seorang lelaki berusia 65 tahun, menghadapi masalah uban kerana faktor usia dan keguguran rambut hingga menyebabkan botak. Selepas menggunakan krim uban Ushine selama 2 bulan, rambut mulai tumbuh di bahagian tengah kepala dan rambut yang tumbuh itu bewarna hitam.


Negeri Sembilan

Seorang wanita berusia sekitar 40an, menghadapi masalah rambut gugur yang agak serius dan setiap kali bershampu dan bersikat, rambut akan gugur. Telah menggunakan krim uban Ushine dan selepas 5 hari, rambut yang gugur berkurangan dan dapat dinilai jelas sewaktu bershampu dan bersikat. Wanita ini masih di dalam tempoh rawatan.

Melaka

En. Mohd Najib, Melaka (014-2527861)

Mula beruban sejak tahun 1995 kerana menggunakan pelbagai minyak rambut. Juga menghadapi masalah kelemumur yang berkeping-keping. Sejak 5 tahun kebelakangan uban semakin banyak sedangkan usia baru 45 tahun. Selepas menggunakan krim uban USHINE 2 bulan yang lalu, rambut saya kembali hitam dan masalah kelemumur juga hilang. Ahli keluarga, rakan-rakan terkejut dengan perubahan ini. Alhamdulillah. Terimakasih pada Pn. Noor dan USHINE.

Kuala Lumpur

Muhamad Daniel Haqim (012-2923065)

Saya berusia 20 tahun dan menghadapi masalah uban genetik sejak usia 12 tahun. Tidak pernah menggunakan sebarang ubat atau krim rambut kerana alah. Selepas diperkenalkan dengan produk ini oleh ibu saya, saya dapati ia sesuai dengan saya dan selepas sebulan menggunakannya, rambut saya yang baru tumbuh telah kelihatan hitam dan rambut uban kini beransur-ansur menjadi hitam. Syukurlah, saya kini tidak lagi kelihatan tua dari usia sebenar.

 

 

 

Laman Utama

 

Copyright ©2006 KedaiDewasa.com
Disclaimer
: Ini adalah laman web kedaiDewasa.com.  Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada kedaiDewasa.com. Hosted and Maintained by Admin KedaiDewasa.com