|
Produk Baru
:
Black Soap
Minyak Kelapa Dara
Berat :
80mg
Kandungan
:
Minyak Kelapa
Dara, Natrium Karbonat, Caustic Soda
Gliserin,
Parfum, Asid Stearik, Talcum Poweder,
Activated Coco Carbon
Cara
penggunaan :
Gunakan sabun
ketika mandi
CODE : SVCOC
Saiz =80 gm
KKM NOTIFIKASI
NO. NOT : 080100323K
Ingredients
VCO, caustic
soda, natrium carbonate, glyserin, salt,
talcum powder, fragrance, stearic acid,
activated coco carbon
|
|
SABUN HITAM
MINYAK KELAPA DARA.
Dirumus khas dari minyak kelapa
dara dan bahan aktif tempurung kelapa,
memberikan khasiat dan kegunaan tambahan bagi
tujuan membersih serta merawat kulit. Menghindar
kulit dari cemaran bahan yang boleh menjadikan
kulit kusam, berisiko terhadap jangkitan, dan
membangkitkan sinar seri cahaya kulit.
Secara khusus bahan aktif
tempurung kelapa sangat berkesan sebagai agen
penyerap, atau ‘adsorbent’.
‘Adsorption’ adalah proses pengumpulan
bahan yang di panggil ‘dissolved
organic compounds’ (DOC),
dikeluarkan dari air cucian mana-mana bahagian
tubuh badan manusia, semasa pembersihannya,
terutama yang lumrah asalnya terdapat terapung
diudara, kemudian terikat pada permukaan
‘adsorbent’ melalui tarikan kimia ataupun
tarikan fizikal.
Keupayaan ini adalah disebabkan
tempurung kelapa yang diaktifkan mempunyai
terlalu banyak liang atau rongga, yang dipanggil
‘micropores’
liang atau rongga yang bersaiz kecil sehingga 40
angstroms, selain mempunyai luas permukaan
dalaman yang besar (a large internal surface
area), bagi membolehkan bahan cemaran ditarik
dan melekap padanya. Kaedah ini menjadikan ia
sangat berkesan bagi proses pembersihan.
Disamping itu sifat fizikal bahan aktif
tempurung tersebut juga sangat berkesan sebagai
pelulur yang dapat membantu menanggalkan lapisan
luar kulit.
Sementara minyak
kelapa dara, yang menjadi antara bahan sabun
hitam minyak kelapa dara, berfungsi membantu
mengekalkan kimia kulit, bagi mengekalkan
kesegaran semulajadi kulit, selain menjadi
perisai kepada sebarang unsur punca jangkitan
kulit. Minyak kelapa dara juga berfungsi sebagai
bekalan tenaga segera bagi kulit, membantu
mempercepat pertumbuhan sel-sel baru kulit,
menjadikan kulit lebih anjal, dan kelihatan
lebih bertenaga.
Sabun hitam minyak kelapa dara amat sesuai bagi
kegunaan seisi keluarga, terutama mereka yang
mementingkan kebersihan dan kesihatan,
lebih-lebih lagi bagi yang ingin mengekalkan
kecantikan.
TAHUKAH ANDA?
Sabun yang banyak di pasaran
yang disebut sebagai sabun,
sebenarnya adalah
detergent, iaitu bahan
asli yang di pakai adalah Sodium
Lauryl Sulfate ( SLS), Sodium
Laureth Sulfate (SLES) merupakan
bahan asas pembuatan detergent
, SLS berfungsi sebagai
surfactant ( surface active
agent) atau agen pembersih.
Kerana bersifat pembersih, maka
lemak - lemak yang berfungsi
untuk melindungi kulit juga ikut
larut, sehingga kulit menjadi
kering dan akan mengakibatkan
iritasi.
Sabun mandi komersial pada
umumnya mengandungi banyak
bahan-bahan kimia seperti
kandungan petroleum, synthetic
chemical, dan petrochemical (chemicals
harmful) yang dapat
merosakkan kulit.
FAKTA TENTANG SABUN KELAPA DARA
Kandungan
bahan-bahan yang terdapat dalam Sabun Kelapa
Dara adalah ramuan asli khazanah alam yang
diperkaya dengan minyak kelapa dara bagi
membantu memelihara kesegaran badan serta
menjadikan kulit lebih licin, halus serta bersih
secara semulajadi. Setiap kandungan bahan-bahan
mempunyai fungsi seperti:
Asam Stearat / Stearic Acid
Dipakai untuk membuat sabun natural
(optional) dan sabun transparan,
fungsinya adalah untuk mengeraskan sabun
dan menstabilkan busa.
Glycerin
Adalah produk samping dari reaksi
hidrolisis antara minyak nabati dengan
air untuk menghasilkan asam lemak.
Glycerin merupakan humektan sehingga
dapat berfungsi sebagai pelembap pada
kulit. Glycerin berbentuk cairan jernih,
tidak berbau dan memiliki rasa manis.
|