|
SET BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set
bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita
yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk
khasiat seperti berikut:-
1.
Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini
berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan
anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.
2.
Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan
pendarahan semasa melahirkan anak.
3.
Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan
semasa melahirkan anak.
4.
Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang
normal.
5.
Menghilangkan sakit batu meriyan.
6.
Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7.
Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8.
Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan
minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan
pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi
yang lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan
pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis
pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman
berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan
juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan
kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12
hari).
Rebus 1
bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan
sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari
pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama
3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil
selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan
satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan
Luar).
Rebus
ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia
ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan
setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40
selepas bersalin.
Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki
penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak
sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan
keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga
memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2
kapsul pada waktu malam selepas makan.
Tambahan Info:
1. Ubat
Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti
pokok kacip fatimah bagi mengembalikan perca peranakan
wanita dan membersihkan darah nifas.
Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil
selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari
ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah
cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah
nifas yang kadang kala berketul-ketul.
2. Herba
Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba
Sihat Wanita A ( I pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat
Wanita B juga dalam dos yang sama.
3.
Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam.
Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga
hari ke- 19.
4. Minyak
Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah
kemasukan angin. sapu minyak barut pada perut dan
ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan
kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak
urut.
5. Minyak
Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai
minyak urutan bayi.
6. Teh
Herba
- Diramukan daripada pokok Cantella asiatica (pegaga)
untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dalaman
dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke
dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan
minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas
bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan
dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak
mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.
7. Ubat
Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus
ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan
peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.
**Sebagai tambahan
ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai
pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang
bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan,
mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik
untuk mencegah fibroid.
Puluhan ribu ibu-ibu
telah mengamalkan set bersalin HPA dan kadar
pengulangannya amat tinggi yang membuktikan kemujaraban
produk ini. Gunakannya dengan penuh keyakinan demi
mengembalikan kemudaan tubuh dan kebahagiaan rumah
tangga.
|